Friday, March 21, 2008

Dato Shahrir Samad antara permata dalam kristal UMNO yang retak

Tahniah di atas kejayaan Dato Shahrir mempertahankan parlimen Johor Bahru samada sebagai ahli bebas mahupun BN. Terkini tidak lewat untuk ucapan tahniah sebagai Menteri kabinet yang menjaga kepentingan makan minum hidup rakyat (Hal Ehwal PENGGUNA).

Inilah antara permata dalam UMNO yang berkatnya datang dari keluarga guru walaupun adik Dato Shahrir kini EXCO SELANGOR dari PAS. Biar berlainan platform wadah perjuangan tetap sama, berkhidmat untuk rakyat.

Sepatutnya UMNO telah celik lebih awal dari menilai kristal yang bercorak tunggu retak dan pecah. Walau dicampak kelaut belum tentu bersetuju dengan polisi Temasik dalam mengejar duniawi, di campak ke darat pecah lubang kos MRR2 dan kualitinya. Banyak lagi "projek sumbang" macam bumbung bangunan-bangunan kerajaan yang kerap bocor termasuklah parlimen lambang perlembagaan Malaysia pun tak terjaga kualiti binaannya.(Bolehkah kabinet Malaysia terfikirkan cara menangani bumbung rumah rakyat yang bocor dan dinding serta lantainya pula dibuat dari buluh). Pendek kata kalau ada masaalah berkaitan, nampaklah muka Dato Shahrir tatakala menjawat jawatan Pengerusi Kira-kira wang Negara. Asas ini perlu diteruskan dalam kematangan Dato Shahrir berpolitik.

Yang lebih gentle lagi Dato Shahrir tak kisah terpelanting dari post pengerusi BBC lantarannya tersokong usul kebenaran pembangkang. Bravo la Dato! Sanggup buka kedai dobi masa awal-awal tinggal kabinet satu ketika dulu dari jadi pembodek UMNO yang menyokong bawa rebah akhirnya, lebih baik berpendirian seperti Dato. Sekali lagi syabas. Saya dan ramai lagi menunggu orang seperti Dato yang hampir tidak ujud dalam spesis BN dengan Jawatan terbaru sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Pak lah yang masih bernyawa ikan.

Amat sedih apa yang terbiar dan terlepas pandang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang terdahulu. Bayangkan Hyper market dibuka sewenang-wenangnya. Bekas menteri terdahulu sering dijemput oleh Hypermarket untuk menjayakan program membodek oleh mereka. Timbul isu terlalu banyak bilangan hyper market yang menawarkan harga murah seolah merosakkan peruncit kecil. Apa yang berlaku adalah disebaliknya pula. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena secara tiba-tiba isu hyper market senyap seperti mana mentaliti malaysian yang hangat-hangat tahi ayam. Jika PRU12 beliau bertanding di semenanjung pasti pengundi memilih beliau bersara awal.

Lebih menyedihkan lagi Hyper market tumbuh macam cendawan khususnya di Johor Bahru yang di monopoli oleh Giant dan Tesco. Tak sampai 2 tahun 3 cawangan Tesco di buka dalam jarak tak sampai 15 km persegi jarak antara satu sama lain. Giant saja ada tak kurang 7 cawangan, itu tidak menjadi masalah. Lebih banyak kemudahan membeli belah dengan prasarananya lebih bagus. Tapi masalah lain pula belaku di mana pelabur asing ini memberi ruang kurang lebih 30% untuk DEB melabur tetapi sebaliknya harga barangan jauh berubah. Ianya amat mahal. Tak sampai 6 bulan harga melambung. contohnya:
Susu pekat: Harga baru Hyper Market RM2.59 Harga lama: RM1.69 Milo 2KG Harga lama: RM24.90 Harga baru Hyper Market RM29.90, Susu Dugro(bayi)RM23.90 Harga di kedai runcit RM20.90
Serta banyak lagi.
Apa yang tidak kena kenaikan melampau ini?

Apakah selepas DEB diberikan peluang melabur dalam sektor HYPER MARKET dapat tiket untuk menaikkan harga barangan. Perolehan Hyper market hampir jutaan ringgit sehari dengan kredit pembekal 3 ke 6 bulan dengan bekalan pukal dalam kuantiti yang besar mustahil tidak boleh menjual lebih murah. Apakah kerana suara-suara sumbang yang mempertikaikan hyper market menjual murah mendapat perhatian kerajaan apabila harga dinaikkan dan mahal ianya dibiarkan.

Keujudan HYPERMARKET dengan prasarana yang lengkap penting buat rakyat dan menjadi pusat integrasi rakyat berbilang kaum. Pada mulanya keujudannya harga barangan yang ditawarkan oleh HYPERMARKET telah menjadi satu tanda ukur harga sesuatu barangan yang standard kepada semua kaum. Dengan margin keuntungan yang kecil sedikit dan kuantiti jualan yang besar tetap memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Peruncit pula tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan tanda harga serta menjual secara harga bersifat pilih kasih dan perkauman. Cuba bandingkan sepinggan mee di kedai tiong hua yang jauh lebih murah tetapi menguntungkan pengusahanya dan harga sepinggan mee di kedai orang islam yang mahal tetapi margin keuntungannya pula kecil.

Baik individu, persatuan pengguna dan ejensi kerajaan seolah merelakan apa yang terjadi walau rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan. Sedarkah Dato jika sesebuah keluarga seramai 5 orang mempunyai anak yang bersekolah dan mempunyai pendapatan bawah RM2 ribu hampir tidak mampu membiayai makanan berzat.

Di JB khususnya soal harga tidak menjadi masalah bagi pembeli yang datang dengan motokar Plat S. Sampai tak muat bonet barang yang dibeli diisinya. Tetapi apa jadi pada kita Malaysian yang pendapatan tukang sapu sampah mereka lebih mahal gaji dari seorang doktor praktikal kita.

Saya percaya Dato adalah pilihan Pak Lah yang tepat. Bukan kerana gula-gula boleh menyebabkan Hyper market bertindak sesuka hati. Masa dan senario tetap menjadi penilaian. Selamat bertugas dengan penuh keberkatan Dato.