Isu-isu semasa, sosial dan politik terkini menjadi paparan. Agar ada yang dapat mengutip apa saja isinya yang boleh diperbaiki dengan memperbetulkan apa saja kebetulannya. Selebihnya sebagai terjemahan keresahan warga yang mempunyai isyarat yang diungkapkan melalui laman ini. Selanjutnya dinantikan.......
Monday, December 3, 2012
Umum nama bakal PM selepas penamaan calon
Salmiyah Harun,
03 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengumumkan nama bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat selepas penamaan calon pilihan raya umum nanti.
"Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada 'clear choice' selepas itu," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah hari ini.
Cadangannya itu bagaimanapun katanya terletak kepada budi bicara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong Pakatan Rakyat untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti.
"Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU-13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya.
Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya.
"Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya.
APAKAH INI MERUPAKAN CADANGAN PERIBADI ATAU CADANGAN PUCUK PIMPINAN PARTI?
APAKAH ISU INI TERCETUS KERANA WUJUDNYA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN ATAU MUSUH DALAM SELIMUT!
LUPAKAH SU AGUNG PAS KEPADA SEJARAH PERANG UHUD YANG MERUGIKAN UMAT ISLAM?
APAKAH ADA YANG LAIN TIDAK SABAR HENDAK MENJADI MENTERI PUSAT?
DALAM KERIBUTAN SERTA KETAKUTAN PENUMPANG KAPAL UMNO BERDASARKAN RESPON SPONTAN PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO JELAS MENUNJUKKAN KEKELIRUAN DAN KERISAUAN YANG AMAT SANGAT WALAUPUN UCAPAN PRESIDEN UMNO YANG PANJANG LEBAR (HINGGA MENCECAH MAGHRIB) MASIH TIDAK MAMPU MENYEJUK SERTA MENYAKINKAN HATI PERWAKILAN UMNO.
TUP-TUP SU AGUNG PAS MENGELUARKAN BOLA TANGUNG YANG DI NANTI OLEH MUSUH PARTI YANG BAKAL BERTANDING DALAM PILIHANRAYA....APA MAKDSUDNYA?
APAKAH SU AGUNG PAS TIADA ISU LAIN, MENGEJAR POLITICAL MILEAGE ATAU ADA AGENDA PERIBADI?
APAKAH WAJAR ISU SIAPA YANG BAKAL JADI PM SELEPAS PR MEMENANGI PRU 13 DIBINCANGKAN SEKARANG?
SANGAT TIDAK MATANG SEORANG YANG BERTAHUN BERGELUMANG DI DALAM PUCUK PIMPINAN PAS MENGEMUKAKAN ISU SENSASI INI! LAINLAH KALAU YANG MENCADANGKAN ITU KETUA CAWANGAN PARTI YANG KITA RASA TIDAK AKAN JADI ISU NASIONAL.
TIDAK BOLEHKAH BERSABAR!
ADAKAN PENGUNDIAN DALAM PERWAKIL MP PR YANG MENANG UNTUK MEMILIH CALUN PM SELEPAS PR MENANG PRU 13 ATAU KAEDAH SYURA ATAU YANG BERSESUAIAN. AMBILLAH JUGA CONTOH CARA IKHWANUL MUSLIMIN YANG MENANG DI MESIR MEMILIH CALUN PRESIDEN MEREKA.
TELAHAN SAYA BANYAK KETEPATANNYA SEPERTI YANG MENUBUHKAN JATI, KITA, PERKASA.
TELAH LAMA SAYA PERHATIKAN PERWATAKAN PUCUK PIMPINAN PARTI YANG SELALU MENSASIKAN KEADAAN.
SAYA AMAT TERSENTUH KERANA ISU INI DISIARKAN DI AKHBAR HARAKAH (MILIK PAS).
TUNGGULAH LIPUTAN DAN KOMEN AKHBAR NASIONAL YANG AKAN MEMUNTAH KAHAK DAN NANAH SERTA MENIUPKAN LAYANG-LAYANG YANG DITERBANGKAN OLEH MUSTAFA ALI.
Subscribe to:
Posts (Atom)