Saturday, April 19, 2008

Pak Lah latah atau pantang dicabar.

Semasa isu perebutan jawatan Presiden Parti antara Ku Li Dan Tun Dr Mahathir UMNO diharamkan. Mahathir dengan UMNO baru, Ku Li pula menubuhkan SEMANGAT 46. Rata-rata banyak veteran UMNO yang bukan materilistik memilih untuk menyokong Ku Li termasuklah Pak Lah, Radhi Sheikh Ahamad, Rais Yatim, Tunku dan ramai lagi pada ketika itu. Walau dalam keadaan uzur Tunku diarak dan diusung di pentas SEMANGAT 46 untuk menentang Mahathir secara terbuka. Sebagai tindakan balas Bagi melemahkan sokongan dan menguatkan pengaruh, Mahathir terpaksa memujuk Tunku dengan jalan yang paling lembut dengan amat mengambil hatinya. Ini kerana pengaruh Tunku dan Ku Li yang berketurunan raja amat menyukarkan Mahathir yang kemudiannya membuat strategi SEMARAK sebagai rally untuk menggubal perlembagaan berhubung kuasa-kuasa raja-raja melayu.

Pak Lah kini menghadapi situasi lebih kurang sama (bekas PM mengkritik dan menyerang PM) seperti Tunku mengkritik Mahatir. Kebanyakan tindakan Pak Lah dilihat lembut dan lembab dalam kebanyakan isu yang ditanganinya. Tetapi didalam menghadapi isu kritikan Mahathir nampak jelas sifat sebenar Pak Lah terhadap Mahathir. Pada permulaan pemerintahan Pak Lah diacah oleh Mahathir berhubung isu jambatan bengkok antara Johor dan Singapura. Amat lantang dan tegas Pak Lah mncabar untuk mendedahkan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan tiada "concern" untuk melaksanakannya antara dua negara yang dibuat semasa pentadbiran Mahathir. Terkedu Mahathir dan isu itu tamat begitu sahaja dan GERBANG PERDANA di beri pampasan lumayan.

Mahathir menyepi seketika tanpa isu untuk menyerang kepimpinan Pak Lah dalam pada itu mengkritik kemenangan besar BN pada PRU 11.
PRU 12 yang meyaksikan kehilangan majoriti dan kerusi BN. Mahathir kembali menggunakan pentas dan platform untuk mengkritik dan menyerang Pak Lah. Rupanya Pak Lah orang yang cepat melatah pada mulut tetapi lembab pada tindakan. Pantas kehilangan respek pada bekas bosnya dengan memulangkan paku buah keras dengan katanya "menang banyak pun tak bagus, kalah sikit pun dia sebut". Melihat kepada perkembangan tentangan terbuka Mahathir Pak Lah menjadi gelisah. Baru sahaja tamat isu perlantikan MB, Sabah dan Sarawak yang terlepas pandang Pak Lah bagaikan tiada pilihan lain untuk mendapat merit dan political milage. Termakan juga idea Zaid Ibrahim yang bijak dan baik supaya berbuat sesuatu untuk isu hakim dan ketua hakim negara yang terbiar sejak 20 tahun lalu. Bagaikan seorang hero Pak Lah membuat ucapan yang lancar, jelas dan bersemangat pada majlis peguam. Tidak seperti selalunya muka sayur dan letih sahaja bila buat pres statement. 100 mata penuh diberikan kepada Pakl Lah dalam isu ini. Amat gah dan hebat. Populariti Pak Lah memuncak seketika kerana isu ini.

Ayat Zaid Ibarhim supaya hakim tidak dihukum dan dimalukan amat tepat. Walau tiada ayat maaf tetapi ayat sayang seperti yang disebut oleh Zaid Ibrahim amat jelas membuatkan kita terfikir dimanakah kedudukan hakim-hakim dan ketua hakim negara ini setelah berpuluh tahun berjasa pada pandangan pentadbiran Mahathir. (Hebat Zaid. Ini yang terbaik anda lakukan selepas isu menyaman kerajaan PAS kelantan). Bukan senang mendapat faedah pekerjaan dan persaraan dari kerajaan setelah digantung kerja dan dipecat. Hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan betul atau salah seseorang itu untuk mendapat pampasan. Dalam isu ini apakah telah berlaku khilaf dalam pemecatan. Walau tanpa sebutan maaf dari kerajaan dan tanpa tuntutan perbicaraan mangsa-mangsa ini mendapat kemenangan. Hebatnya pentadbiran Pak Lah dalam isu ini.
Sekali lagi Mahathir kelu dan terkedu tanpa ulasan. (Jika ada respon dari Mahathir, sesiapa saja tolong beri feed back). Ini pasti meninggalkan kesan psikologi dan tekanan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir oleh pentadbiran Pak Lah.

Banyak lagi yang Pak Lah boleh bantu untuk melondehkan kelemahan dan kesilapan BN yang diketuai oleh UMNO mentadbir negara sebelum ini. Sekurangnya dosa dan beban penderitaan mangsa dan pelakunya yang khilaf dapat dikurangkan dengan penyelasaian yang stategik bukan sebab politik, kesempatan dan strategi semata-mata tetapi yang hak dan yang bathil. Apakah bekas PM akan terus mengkritik dan menyerang secara terbuka PM yang ada?

2 comments:

A Voice said...

Dgn menggunakan cerita lama utk melemahkan kritikan Mahathir, Dolah telah membuka satu lagi ruang utk serangan.

Ramai antara penggiat team B atau S 46 mengatakan perlembagaan UMNo sekarang bukan perlembagaan UMNo asal dan dikatakan diubah Mahathir, adakah dia sedia kembali kepada perlembagaan asal?

Adakah dia sedia meletakkan Ku Li sebagai Presiden yang sepatutnya menang?

Adakah dia sedia membuang peraturan undi kuota dan bertanding seperti anak jantan yang bukan lembik?

Namun apa sekali dilakukan, Mahathir sudah capai apa yang mahu dilakukan.

Tahukah Dolah menjadi Ketua Pembangkang? Ketua Pembangkang bukan orang lembik tau!?

zack said...

Memang Pak Lah lembik. Nak jadi PM bukan dituntut 100 peratus bersifat sempurna. Mesti ada qualiti leadership. Tok Batin kat pendalaman Pahang pun ada kualitinya. Bukan senang nak jadi imam. Sebab imam itu sendiri dituntut mempunyai kelebihan dari makmum. Nak buat macam mana bulan jatuh ke riba Pak Lah. Bukannya dia yang meminta. Alah macam Allahyarham Ghafar Baba Timbalan PM yang di beri penghormatan menjaga Kem. Pem Luar Bandar. Lantas saya terpanggil menulis "Antara Badan Kepala dan ekor di mana Pak Lah sepatutnya"