Friday, May 9, 2008

Terkini! BN dan Pakatan utamakan rakyat......!!!

Siapakah yang dilantik sebagai pembekal dakwat penanda pengundi PRU12? Apa sudah jadi dengan stok yang diterima? Bolehkah ianya dilelong untuk tanda jalan ke, jadi dakwat pen ke? Bolehkah dakwat itu buat main paint ball?

Apa pun duit rakyat hangus begitu sahaja. Pembuat keputusan yang tidak boleh pakai punya. Tup-tup Syed Hamid beritahu di Parlimen tiada bukti sabotaj ke atas pengunaan dakwat. Siapa yang punya angkara sekarang? Apakah isu ini tutup buku begitu sahaja? Tidakkah sesiapa teringin untuk melapurkan perkara sebenar dan seseorang mesti bertanggung jawab ke atas kerja sia-sia itu.

Mengapa sebelum PRU12 keadaan sebaliknya? Minyak dinaikkan, barang naik harga, tol naik, PKZ membazir Berbillion Ringgit dan buat projek bukan manafaat langsung kepada rakyat. Apa sahaja keputusan kerajaan rakyat, terpaksa menerimanya bulat-bulat walau dengan derita dan sengsara.

Hebat! Kini Selepas saja PRU12, rakyat diutamakan. Segala lubang dicari dan janji PRU12 mula ditagih oleh gerombolan politikus sendiri samada dari BN dan Pakatan Rakyat walau rakyat sendiri belum sempat bersuara. Sebut sahaja sebarang musibah menimpa rakyat, berlumba-lumbalah orang politik menghadirkan diri tunjuk muka dan dapat publisiti.

Amatlah elok politikus dari Pakatan rakyat atau dari BN bertelagah, korek mengorek, cungkil mencungkil antara satu sama lain siapa yang betul dan siapa yang salah. Tidak kurang pula yang tersilap ludah ke langit muka sendiri yang kena. Inilah berpulas akal, akar tak patah.

Apakah hasil kerja 2 bulan hendak dibandingkan dengan hampir 51 tahun.

Eloklah juga kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mendedahkan seluruh perakaunan kewangan yang ada supaya rakyat tahu keadaan sebenarnya sebelum, kini dan akan datang. Biar rakyat tahu berapa banyak hutang lapuk yang ada dan ditingglkan, tanggungan projek pembangunan dan kos pentadbiran. Apa sahaja projek yang merugikan, meragukan dan membebankan kerajaan dan rakyat disemak serta merta samada meneruskan atau menghentikannya.

Rakyat bukan mengharap ceramah umum tanpa fakta yang sahih untuk difahami semata-mata. Rakyat sedar dan boleh menerima hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat bukannya membahagikan harta rampasan perang atau harta yang dirompak. Segalanya datang dari hasil mahsyul negeri dan simpanan perbendaharaan negeri.

Pendek kata untuk mentadbir suatu kerajaan yang sudah diujudkan hampir 51 tahun bukannya "fortnight work".

Inilah hadiah keberanian rakyat yang diterjemahkan melalui demokrasi. "Check and balance" pecahkan majoriti 2/3. Orang UMNO sejati Johor pun berterima kasih kepada senario ini walaupun mereka amat kebal UMNOnya. Mereka kini sedar wang upah buat kerja pilihanraya untuk menangkan parti tidak cukup untuk dibelanjakan selama 5 tahun.

No comments: