Friday, April 25, 2008

Helah atau fakta isu harga barang

Ekonomi kapitalis yang rata-rata dimonopoli oleh Yahudi hampir ke seluruh dunia bakal memberi musibah kepada penduduk planet bumi ini. Setelah isu perang dingin, kemelesetan ekonomi, pasaran matawang, perang teluk, perang menentang keganasan dunia, minyak,dan terkini isu harga barang makanan asasi.

Amat mudah spekulator yang menjadi penjarah ekonnomi dunia seolah mencipta isu untuk mendapat manafaat keuntungan atas kesengsaraan orang lain. Pokok kepada isu ini adalah ketamakan manusia mengambil kesempatan cara mudah mengaut untung dengan mengorban manusia lain.

Kini nilai U.S Dollar semakin. Ahli bijak pandai mereka mencipta isu harga makanan untuk dimanipulasikan setelah kawalan ke atas matawang dari diapung atau dianiagakan di pasaran hadapan di kuatkuasakan di kebanyakan negara yang menjadi mangsa pada 10 tahun yang lepas.

Ketika ini dunia bukan berhadapan dengan bencana iklim dan cuaca yang serius sehingga menyebabkan pengeluaran makanan terjejas. Makanan dan wang tetap merupakan elemen utama kehidupan dalam apa juga keadaan.

Isu ciptaan ini seolah mengambil kesempatan ke atas negara yang mempunyai sistem atau keadaan politik, pentadbiran dan pemerintahan yang lemah. Bagi negara-negara yang baru merdeka, dibelenggu masaalah dalaman seperti konflik politik, perang saudara, rampasan kuasa dan pemerintahan yang tidak stabil adalah mangsa utama.

Situasi seperti ini cuba mencipta suasana yang tidak menentu. Suasana panik boleh mencetuskan penentangan terhadap dasar sesebuah kerajaan yang mengakibatkan kacau bilau dan memudaratkan rakyat sesebuah negara khususnya yang bergantung kepada bantuan program makanan sedunia.

Rakyat sesebuah negara cuba dialihkan dari isu sebenar. Pokoknya (kelapa sawit tidak cukup untuk jadi Bio diesel) isu minyak yang cuba dimanipulasikan oleh kebanyakan negara. Dalam harga minyak yang meningkat penyampaian dan penghantaran stok barangan menjadi sukar. Sikap pembekal dan peniaga yang tamak menyorok stok menambahkan tekanan kepada isu ini. Harga barang juga menjadi mahal. Tekanan kepada penduduk yang miskin cukup kuat sehingga mencetus bantahan terbuka yang meninggalkan rasa panik kepada penduduk negara lain.

Malaysia yang tidak menerima bantuan program makanan sedunia secara langsung tidak boleh menggunakan isu ini untuk mengubah perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barangan makanan khususnya beras. Berterus terang sahaja harga minyak adalah isu utama bagi negara kita bukannya sumber bahan makanan.

Persidangan intelek yang dibuat seolah blue print kepada dasar kerajaan. Usul yang dikemukakan oleh ahli panel tidak wajar sama sekali. Berjimat cermat dalam apa juga keadaan memang dituntut setiap masa bukannya beli dan makan apa sahaja apa yang mampu. Kalau bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu (yang dibuat dari minyak sawit bukannya susu asli), bahan api dan air tidak dikawal dan dikuatkuasa tiada maknanya. Buatlah dasar apa pun jalan keluarnya bukan mengatasi tetapi sekadar mennyesuaikan keadaan semata-mata.

Sudah tibanya masanya kerajaan mengkaji dan berbuat sesuatu terhadap PETRONAS. Kesan dari kenaikan harga minyak telah memberi keuntungan yang lumayan yang patut dinikmati oleh siapa? Kenaikan dan keuntungan langsung harga harga minyak adalah hasil negara yang patut dinikmati rakyat secara langsung. Bukannya untuk mereka bermewah-mewah dengan perbelanjaan yang lumayan serta penajaan yang bukan sedikit jumlahnya. Menjadikan PETRONAS konglomerat antarabangsa yang menguntungkan juga penting sebagai usaha menghadapi kekurangannya minyak mentah dimasa akan datang.

Saranan supaya rakyat rajin bekerja seolah menafikan usaha mereka selama ini dengan mengalih isu secara mudah. Permit mengimpot dan mengambil pekerja diberi sewenang-wenangnya yang menguntung pengusaha sahaja. Kesan kepada rakyat tempatan tidak banyak peluang yang tinggal.

Monopoli pengimport bahan makanan tunggal patut dihentikan. Kuota import, seperti kuantiti dan persaingan harga seperti beras tempatan yang akan memberi kesan kepada penanam dan pengilangnya tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Sudah tiba masanya negara mempunyai bank stok penimbal untuk menghadapi suasana sukar. Walau setiap isu ekonomi dan minyak sering kepalai oleh Amerika Syarrikat mereka sebenarnya telah bersedia dalam apa juga keadaan. Kita bukan belajar setelah ditimpa masalah tetapi belajar bagaimana menghadapi dan menanganinya.

Saturday, April 19, 2008

Pak Lah latah atau pantang dicabar.

Semasa isu perebutan jawatan Presiden Parti antara Ku Li Dan Tun Dr Mahathir UMNO diharamkan. Mahathir dengan UMNO baru, Ku Li pula menubuhkan SEMANGAT 46. Rata-rata banyak veteran UMNO yang bukan materilistik memilih untuk menyokong Ku Li termasuklah Pak Lah, Radhi Sheikh Ahamad, Rais Yatim, Tunku dan ramai lagi pada ketika itu. Walau dalam keadaan uzur Tunku diarak dan diusung di pentas SEMANGAT 46 untuk menentang Mahathir secara terbuka. Sebagai tindakan balas Bagi melemahkan sokongan dan menguatkan pengaruh, Mahathir terpaksa memujuk Tunku dengan jalan yang paling lembut dengan amat mengambil hatinya. Ini kerana pengaruh Tunku dan Ku Li yang berketurunan raja amat menyukarkan Mahathir yang kemudiannya membuat strategi SEMARAK sebagai rally untuk menggubal perlembagaan berhubung kuasa-kuasa raja-raja melayu.

Pak Lah kini menghadapi situasi lebih kurang sama (bekas PM mengkritik dan menyerang PM) seperti Tunku mengkritik Mahatir. Kebanyakan tindakan Pak Lah dilihat lembut dan lembab dalam kebanyakan isu yang ditanganinya. Tetapi didalam menghadapi isu kritikan Mahathir nampak jelas sifat sebenar Pak Lah terhadap Mahathir. Pada permulaan pemerintahan Pak Lah diacah oleh Mahathir berhubung isu jambatan bengkok antara Johor dan Singapura. Amat lantang dan tegas Pak Lah mncabar untuk mendedahkan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan tiada "concern" untuk melaksanakannya antara dua negara yang dibuat semasa pentadbiran Mahathir. Terkedu Mahathir dan isu itu tamat begitu sahaja dan GERBANG PERDANA di beri pampasan lumayan.

Mahathir menyepi seketika tanpa isu untuk menyerang kepimpinan Pak Lah dalam pada itu mengkritik kemenangan besar BN pada PRU 11.
PRU 12 yang meyaksikan kehilangan majoriti dan kerusi BN. Mahathir kembali menggunakan pentas dan platform untuk mengkritik dan menyerang Pak Lah. Rupanya Pak Lah orang yang cepat melatah pada mulut tetapi lembab pada tindakan. Pantas kehilangan respek pada bekas bosnya dengan memulangkan paku buah keras dengan katanya "menang banyak pun tak bagus, kalah sikit pun dia sebut". Melihat kepada perkembangan tentangan terbuka Mahathir Pak Lah menjadi gelisah. Baru sahaja tamat isu perlantikan MB, Sabah dan Sarawak yang terlepas pandang Pak Lah bagaikan tiada pilihan lain untuk mendapat merit dan political milage. Termakan juga idea Zaid Ibrahim yang bijak dan baik supaya berbuat sesuatu untuk isu hakim dan ketua hakim negara yang terbiar sejak 20 tahun lalu. Bagaikan seorang hero Pak Lah membuat ucapan yang lancar, jelas dan bersemangat pada majlis peguam. Tidak seperti selalunya muka sayur dan letih sahaja bila buat pres statement. 100 mata penuh diberikan kepada Pakl Lah dalam isu ini. Amat gah dan hebat. Populariti Pak Lah memuncak seketika kerana isu ini.

Ayat Zaid Ibarhim supaya hakim tidak dihukum dan dimalukan amat tepat. Walau tiada ayat maaf tetapi ayat sayang seperti yang disebut oleh Zaid Ibrahim amat jelas membuatkan kita terfikir dimanakah kedudukan hakim-hakim dan ketua hakim negara ini setelah berpuluh tahun berjasa pada pandangan pentadbiran Mahathir. (Hebat Zaid. Ini yang terbaik anda lakukan selepas isu menyaman kerajaan PAS kelantan). Bukan senang mendapat faedah pekerjaan dan persaraan dari kerajaan setelah digantung kerja dan dipecat. Hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan betul atau salah seseorang itu untuk mendapat pampasan. Dalam isu ini apakah telah berlaku khilaf dalam pemecatan. Walau tanpa sebutan maaf dari kerajaan dan tanpa tuntutan perbicaraan mangsa-mangsa ini mendapat kemenangan. Hebatnya pentadbiran Pak Lah dalam isu ini.
Sekali lagi Mahathir kelu dan terkedu tanpa ulasan. (Jika ada respon dari Mahathir, sesiapa saja tolong beri feed back). Ini pasti meninggalkan kesan psikologi dan tekanan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir oleh pentadbiran Pak Lah.

Banyak lagi yang Pak Lah boleh bantu untuk melondehkan kelemahan dan kesilapan BN yang diketuai oleh UMNO mentadbir negara sebelum ini. Sekurangnya dosa dan beban penderitaan mangsa dan pelakunya yang khilaf dapat dikurangkan dengan penyelasaian yang stategik bukan sebab politik, kesempatan dan strategi semata-mata tetapi yang hak dan yang bathil. Apakah bekas PM akan terus mengkritik dan menyerang secara terbuka PM yang ada?