Monday, December 3, 2012

Umum nama bakal PM selepas penamaan calon Salmiyah Harun, 03 Dis 2012 KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengumumkan nama bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat selepas penamaan calon pilihan raya umum nanti. "Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada 'clear choice' selepas itu," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah hari ini. Cadangannya itu bagaimanapun katanya terletak kepada budi bicara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong Pakatan Rakyat untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti. "Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU-13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya. Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya. "Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya. APAKAH INI MERUPAKAN CADANGAN PERIBADI ATAU CADANGAN PUCUK PIMPINAN PARTI? APAKAH ISU INI TERCETUS KERANA WUJUDNYA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN ATAU MUSUH DALAM SELIMUT! LUPAKAH SU AGUNG PAS KEPADA SEJARAH PERANG UHUD YANG MERUGIKAN UMAT ISLAM? APAKAH ADA YANG LAIN TIDAK SABAR HENDAK MENJADI MENTERI PUSAT? DALAM KERIBUTAN SERTA KETAKUTAN PENUMPANG KAPAL UMNO BERDASARKAN RESPON SPONTAN PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO JELAS MENUNJUKKAN KEKELIRUAN DAN KERISAUAN YANG AMAT SANGAT WALAUPUN UCAPAN PRESIDEN UMNO YANG PANJANG LEBAR (HINGGA MENCECAH MAGHRIB) MASIH TIDAK MAMPU MENYEJUK SERTA MENYAKINKAN HATI PERWAKILAN UMNO. TUP-TUP SU AGUNG PAS MENGELUARKAN BOLA TANGUNG YANG DI NANTI OLEH MUSUH PARTI YANG BAKAL BERTANDING DALAM PILIHANRAYA....APA MAKDSUDNYA? APAKAH SU AGUNG PAS TIADA ISU LAIN, MENGEJAR POLITICAL MILEAGE ATAU ADA AGENDA PERIBADI? APAKAH WAJAR ISU SIAPA YANG BAKAL JADI PM SELEPAS PR MEMENANGI PRU 13 DIBINCANGKAN SEKARANG? SANGAT TIDAK MATANG SEORANG YANG BERTAHUN BERGELUMANG DI DALAM PUCUK PIMPINAN PAS MENGEMUKAKAN ISU SENSASI INI! LAINLAH KALAU YANG MENCADANGKAN ITU KETUA CAWANGAN PARTI YANG KITA RASA TIDAK AKAN JADI ISU NASIONAL. TIDAK BOLEHKAH BERSABAR! ADAKAN PENGUNDIAN DALAM PERWAKIL MP PR YANG MENANG UNTUK MEMILIH CALUN PM SELEPAS PR MENANG PRU 13 ATAU KAEDAH SYURA ATAU YANG BERSESUAIAN. AMBILLAH JUGA CONTOH CARA IKHWANUL MUSLIMIN YANG MENANG DI MESIR MEMILIH CALUN PRESIDEN MEREKA. TELAHAN SAYA BANYAK KETEPATANNYA SEPERTI YANG MENUBUHKAN JATI, KITA, PERKASA. TELAH LAMA SAYA PERHATIKAN PERWATAKAN PUCUK PIMPINAN PARTI YANG SELALU MENSASIKAN KEADAAN. SAYA AMAT TERSENTUH KERANA ISU INI DISIARKAN DI AKHBAR HARAKAH (MILIK PAS). TUNGGULAH LIPUTAN DAN KOMEN AKHBAR NASIONAL YANG AKAN MEMUNTAH KAHAK DAN NANAH SERTA MENIUPKAN LAYANG-LAYANG YANG DITERBANGKAN OLEH MUSTAFA ALI.

Wednesday, December 15, 2010

WALI BAND KEKASIH HALAL

Wali - Aku Cinta Allah (live)

WALI BAND-TAUBAT MAKSIAT(TOMAT)

Sunday, October 11, 2009

survival perjuangan: Pengajaran dan peringatan buat keangkuhan PR Selangor

survival perjuangan: Pengajaran dan peringatan buat keangkuhan PR Selangor

Pengajaran dan peringatan buat keangkuhan PR Selangor

Kealpaan PR khususnya PAS setelah memenangi semua PRK Semenanjung sebelum ini nyata melalaikan. Setelah perkongsian kuasa memerintah negeri diperolehi khususnya di Selangor sering terdengar di media berkocaknya perpaduan. Pemim pin Pakatan bagaikan mabuk atau gila kuasa dengan sentiasa cuba mendepani apa jua issu dengan menjadi jaguh samaada agama, perkauman, ketelusan, kebijakan pentadbiran dan provokasi media.

Apa jua kejayaan yang dicapai pada peringkat awalnya jangan jadi macam sakai primatif yang makan orang atau sakai yang dapat ubi, lupa diri dan tenggelam punca.

Harus diingati segala pencapaian di dalam PRU atau PRK dalam Negara yang majmuk dan berbilang kaum ini datangnya dari perpaduan dan pelbagai warna kulit. Untuk memenangi sebarang PRU atau PRK setiap undi amatlah bernilai. Tidak kira bangsa atau agama setiap undi tetap menyumbang. Jika kedapatan sebarang salah faham atau pendapat sewajarnya meja perundingan dalamanlah yang sepatutnya menjadi penyelesaian bukannya nak tunjuk hero.

Keceluparan sesetengah pemimpin di dalam menghadapi media bukanlah macam gelanggang motivasi yang boleh mencampak emosi atau psikologi yang bercelaru atau berbelit di peringkat awalnya dan kemudian menjelaskannya kemudian. Ketepatan taburan maklumat haruslah jelas dan tepat. Terlalu sensitif bila berada semeja dalam kalangan yang pelbagai seperti nasionalis, couvinis dan beragama. Kebijakan amat perlu dalam menghadapi semua keadaan ini. Tegas ada cara, berhemah jangan sampai dipijak!!

Berpuluh tahun dulu senior Pas berjuang tanpa jawatan ADUN apalagi EXCO atau MB tetapi mereka amat tekun sabar dan ikhlas. Janganlah jadi bila mendapat ruang sudah lupa diri; menganggap diri sendiri yang terbaik tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat kawan seangkatan.

Lihat apa survey Harakahdaily perolehi!
“Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.
Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.
Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.” (petikan Harakah Daily 11 aktober2009.

Mungkinkah pengundi China dan India memberi amaran awal kepada PAS dengan kekalahan PRK N31 dengan begitu teruk sekali atau ada apa-apa keberangkalian lain yang boleh menjadi sebabnya. wallahuaqlam!!

Sunday, January 25, 2009

address & ref
General Insurance Business
General and Life Insurance Business
Reinsurance Business


--------------------------------------------------------------------------------
General Insurance Business
ACE Synergy Insurance Bhd (364935-P)
Level 26, Menara Weld
No. 76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 10875
50782 Kuala Lumpur
Tel : 2058 3000
Fax : 2058 3333
Web: http://www.acesynergy.com.my MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (46983-W)
Level 29, Menara Weld
No. 76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 11034
50732 Kuala Lumpur
Tel : 2050 8228
Fax : 2031 9275
Web : http://www.msig.com.my
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (735426-V)
Suite 3A-15,
Level 15, Block 3A,
Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
Tel : 2264 0400
Fax : 2264 0500
Web : http://www.allianz.com.my MUI Continental Insurance Bhd (29123-D)
Mezzanine & 1st Floor
Plaza See Hoy Chan
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 12048
50766 Kuala Lumpur
Tel : 2070 9226
Fax : 2072 7226
Web : http://www.muicna.com
AIG General Insurance (Malaysia) Berhad (991951-W)
Wisma AIG
No.99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
P.O. Box 11768
50756 Kuala Lumpur
Tel : 2058 5000
Fax : 2058 5500
Web : http://www.aiggeneral.com.my Multi-Purpose Insurans Bhd (14730-X)
9th Floor, Menara Multi-Purpose
Capital Square
No.8, Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
P.O. Box 10122
50740 Kuala Lumpur
Tel : 2691 9888
Fax : 2694 5758
Web : http://www.mpib.com.my
AXA Affin General Insurance Berhad (23820-W)
Ground Floor
Wisma Goldhill
67, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 12200
50770 Kuala Lumpur
Tel : 2170 8282
Fax : 2032 3131
Web : http://www.axa.com.my Oriental Capital Assurance Bhd (30686-K)
Bangunan Oriental Capital
36, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
P.O. Box 12564
50774 Kuala Lumpur
Tel : 2070 2828
Fax : 2072 4150
Web : http://www.oricap.com.my
Berjaya Sompo Insurance Bhd (62605-U)
18th Floor, Menara BGI
Plaza Berjaya
12, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
P.O. Box 12433
50778 Kuala Lumpur
Tel : 2141 3323
Fax : 2141 9205
Web : http://www.bgi.com.my Pacific & Orient Insurance
Co. Bhd (12557-W)
11th Floor, Wisma Bumi Raya
No. 10, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
P.O. Box 10953
50730 Kuala Lumpur
Tel : 2698 5033
Fax : 2693 8145
Web : http://www.pacific-orient.com
BH Insurance (M) Bhd (29962-V)
Wisma Boustead
71, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 12192
50770 Kuala Lumpur
Tel : 2141 0233
Fax : 2142 9219
Web : http://www.bhinsurance.com.my PanGlobal Insurance Bhd (9538-M)
Level 12B
Menara PanGlobal
No. 8, Lorong P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 12448
50778 Kuala Lumpur
Tel : 2078 2090
Fax : 2072 5534
Web : http://www.pgi.com.my
Commerce Assurance Bhd (59131-M)
Suite 3A-15, Level 15, Block 3A
Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 12155
50768 Kuala Lumpur
Tel : 2264 0400
Fax : 2264 0500
Web : http://www.commerce-assurance.com.my Progressive Insurance Bhd (19002-P)
9th & 10th Floors, Menara BGI
Plaza Berjaya
12, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
P.O. Box 10028
50700 Kuala Lumpur
Tel : 2118 8000
Fax : 2118 8098
Web : http:///www.progressiveinsurance.com.my
Jerneh Insurance Bhd (9827-A)
12th Floor, Wisma Jerneh
38, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 12420
50778 Kuala Lumpur
Tel : 2116 3300
Fax : 2142 6672
Web : http://www.jerneh.com.my QBE Insurance (Malaysia) Bhd (161086-D)
No.638, Level 6, Block B1
Pusat Dagang Setia Jaya (Leisure Commerce Square)
No. 9, Jalan PJS 8/9
46150 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
P.O. Box 10345
50720 Kuala Lumpur
Tel : 7861 8400
Fax : 7873 7427
Web : http://www.qbe.com.my
Kurnia Insurans (M) Bhd (44191-P)
Menara Kurnia, Blok B4, 23rd Floor
Pusat Dagang Setia Jaya
No. 9, Jalan PJS 8/9
46150 Petaling Jaya
G.P.O. Box 11228
50740 Kuala Lumpur
Tel : 7875 3333
Fax : 7875 4858
Web : http://www.kurnia.com.my RHB Insurance Bhd (38000-U)
Level 8, Tower One
RHB Centre, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
P.O. Box 10835
50726 Kuala Lumpur
Tel : 9281 2731
Fax : 9281 2729
Web : http://www.rhbinsurance.com.my
Lonpac Insurance Bhd (307414-T)
6th Floor
Bangunan Public Bank
6, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
P.O. Box 10708
50722 Kuala Lumpur
Tel : 2262 8688
Fax : 2078 7455
Web: http://www.lonpac.com Tokio Marine Insurans (M) Bhd (149520-U)
29th & 31st Floor, Menara DION
27, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 10794
50724 Kuala Lumpur
Tel : 2026 9808
Fax : 2026 9708
Web http://www.tokiomarine.com.my
Mayban General Assurance Bhd (4157-A)
Mayban Assurance Tower
Level 20, Block B
Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof
59000 Kuala Lumpur
P.O. Box 12412
50776 Kuala Lumpur
Tel : 2297 2888
Fax : 2297 2828
Web : http://www.maybangen.com.my The Pacific Insurance Bhd. (91603-K)
Level 6, Menara Prudential
10, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 12490
50780 Kuala Lumpur
Tel : 2176 1188
Fax : 2070 1881
Web : http://www.pacificinsurance.com.my
Uni.Asia General Insurance Berhad (16688-K)
9th Floor, Menara Uni-Asia
1008, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 6120 (Pudu)
55916 Kuala Lumpur
Tel: 03-2693 8111
Fax: 03-2693 0111
Web : http://www.uniasiageneral.com.my



General and Life Insurance Business
American International Assurance
Co. Ltd. (991084-P)
L29, Menara AIA
No.99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
P.O. Box 10140
50704 Kuala Lumpur
Tel : 2056 1111
Fax : 2056 2992
Web : http://www.aia.com.my Malaysian Assurance Alliance Bhd (8029-A)
Menara MAA
12, Jalan Dewan Bahasa
50640 Kuala Lumpur
P.O. Box 10553
50716 Kuala Lumpur
Tel : 2146 8000
Fax : 2142 5863
Web : http://www.maa.com.my

AM Assurance Bhd (15743-P)
9th Floor, Bangunan AmAssurance
1, Jalan Lumut
50400 Kuala Lumpur
P.O. Box 10956
50730 Kuala Lumpur
Tel : 4047 8000
Fax : 4043 8680
Web : http://www.amassurance.com.my MCIS Zurich Insurance Bhd (435318-U)
Wisma MCIS Zurich, Jalan Barat
46200 Petaling Jaya
P.O. Box 345
46916 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 7955 2577
Fax : 7957 5964
Web : http://www.mciszurich.com.my
Hong Leong Assurance Bhd (94613-X)
Level 26, Menara HLA
No. 3, Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur
P.O. Box 12495
50780 Kuala Lumpur
Tel : 7650 1818
Fax : 2713 1999
Web : http://www.hla.com.my Overseas Assurance Corp. (M) Bhd (102249-P)
Level 18, Menara Great Eastern
303, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
G.P.O. Locked Bag No: 11036
50734 Kuala Lumpur
Tel : 4259 7888
Fax : 4813 2737
Web : http://www.oac.com.my
ING Insurance Bhd (17007-P)
Menara ING
84, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
P.O. Box 10846
50927 Kuala Lumpur
Tel : 2058 7255
Fax : 2161 0549
Web : http://www.inginsurance.com.my
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U)
Level 17, Menara Prudential
No. 10, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 10025
50700 Kuala Lumpur
Tel : 2031 8228
Fax : 2032 3939
Web : http://www.prudential.com.my
Etiqa Insurance Bhd (9557-T)
Level 19, Tower C
Dataran Maybank
No.1, Jalan Maarof
59000 Kuala Lumpur
Tel : 2297 3888
Fax : 2297 3800
Web : http://www.etiqa.com.my
Tahan Insurance Malaysia Bhd (16482-U)
No. 17-21, Jalan Medan Tuanku Satu
Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur.
P.O. Box 12563
50782 Kuala Lumpur
Tel : 2786 1000
Fax : 2713 6001
Web : http://www.tahaninsurance.com



Reinsurance Business
Asia Capital Reinsurance Malaysia Sdn. Bhd. (762294-T)
Suite 11E, Level 11
Tower 2, Etiqa Twins
No. 11, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
Tel :- 2723 6000
Fax :- 2723 6060
Web : http://www.asiacapitalre.com Munchener Ruckversicherungs-Gesellschaft (993676-M)
Suite 13.1, Level 13, Menara IMC
8, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
P.O. Box 11132
50736 Kuala Lumpur
Tel : 2380 8500
Fax : 2032 5822
Web : http://www.munichre.com
Hannover Ruckversicherungs - AG (993601-H)
Malaysian Branch
Suite 31-1, 31st Floor
Wisma UOA II
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 2164 5122
Fax : 2164 5129
Web : http://www.hannover-re.com Swiss Reinsurance Company (993718-U)
Suite 28.01 & 28.02
28th Floor, Menara Keck Seng
203, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel : 2148 6092
Fax : 2144 7199
Web : http://www.swissre.com
Malaysian Reinsurance Bhd
(664194-V)
12th Floor, Bangunan Malaysian Re
No. 17, Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
P.O. Box 11068
50990 Kuala Lumpur
Tel : 2096 8000
Fax : 2096 7000
Web : http://www.malaysian-re.com.my The Toa Reinsurance Co. (993924-T)
Kuala Lumpur Branch
28th Floor, UBN Tower
10, Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur
Tel : 2732 5911
Fax : 2732 5915

Go back to top

Friday, May 9, 2008

Terkini! BN dan Pakatan utamakan rakyat......!!!

Siapakah yang dilantik sebagai pembekal dakwat penanda pengundi PRU12? Apa sudah jadi dengan stok yang diterima? Bolehkah ianya dilelong untuk tanda jalan ke, jadi dakwat pen ke? Bolehkah dakwat itu buat main paint ball?

Apa pun duit rakyat hangus begitu sahaja. Pembuat keputusan yang tidak boleh pakai punya. Tup-tup Syed Hamid beritahu di Parlimen tiada bukti sabotaj ke atas pengunaan dakwat. Siapa yang punya angkara sekarang? Apakah isu ini tutup buku begitu sahaja? Tidakkah sesiapa teringin untuk melapurkan perkara sebenar dan seseorang mesti bertanggung jawab ke atas kerja sia-sia itu.

Mengapa sebelum PRU12 keadaan sebaliknya? Minyak dinaikkan, barang naik harga, tol naik, PKZ membazir Berbillion Ringgit dan buat projek bukan manafaat langsung kepada rakyat. Apa sahaja keputusan kerajaan rakyat, terpaksa menerimanya bulat-bulat walau dengan derita dan sengsara.

Hebat! Kini Selepas saja PRU12, rakyat diutamakan. Segala lubang dicari dan janji PRU12 mula ditagih oleh gerombolan politikus sendiri samada dari BN dan Pakatan Rakyat walau rakyat sendiri belum sempat bersuara. Sebut sahaja sebarang musibah menimpa rakyat, berlumba-lumbalah orang politik menghadirkan diri tunjuk muka dan dapat publisiti.

Amatlah elok politikus dari Pakatan rakyat atau dari BN bertelagah, korek mengorek, cungkil mencungkil antara satu sama lain siapa yang betul dan siapa yang salah. Tidak kurang pula yang tersilap ludah ke langit muka sendiri yang kena. Inilah berpulas akal, akar tak patah.

Apakah hasil kerja 2 bulan hendak dibandingkan dengan hampir 51 tahun.

Eloklah juga kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mendedahkan seluruh perakaunan kewangan yang ada supaya rakyat tahu keadaan sebenarnya sebelum, kini dan akan datang. Biar rakyat tahu berapa banyak hutang lapuk yang ada dan ditingglkan, tanggungan projek pembangunan dan kos pentadbiran. Apa sahaja projek yang merugikan, meragukan dan membebankan kerajaan dan rakyat disemak serta merta samada meneruskan atau menghentikannya.

Rakyat bukan mengharap ceramah umum tanpa fakta yang sahih untuk difahami semata-mata. Rakyat sedar dan boleh menerima hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat bukannya membahagikan harta rampasan perang atau harta yang dirompak. Segalanya datang dari hasil mahsyul negeri dan simpanan perbendaharaan negeri.

Pendek kata untuk mentadbir suatu kerajaan yang sudah diujudkan hampir 51 tahun bukannya "fortnight work".

Inilah hadiah keberanian rakyat yang diterjemahkan melalui demokrasi. "Check and balance" pecahkan majoriti 2/3. Orang UMNO sejati Johor pun berterima kasih kepada senario ini walaupun mereka amat kebal UMNOnya. Mereka kini sedar wang upah buat kerja pilihanraya untuk menangkan parti tidak cukup untuk dibelanjakan selama 5 tahun.

Friday, April 25, 2008

Helah atau fakta isu harga barang

Ekonomi kapitalis yang rata-rata dimonopoli oleh Yahudi hampir ke seluruh dunia bakal memberi musibah kepada penduduk planet bumi ini. Setelah isu perang dingin, kemelesetan ekonomi, pasaran matawang, perang teluk, perang menentang keganasan dunia, minyak,dan terkini isu harga barang makanan asasi.

Amat mudah spekulator yang menjadi penjarah ekonnomi dunia seolah mencipta isu untuk mendapat manafaat keuntungan atas kesengsaraan orang lain. Pokok kepada isu ini adalah ketamakan manusia mengambil kesempatan cara mudah mengaut untung dengan mengorban manusia lain.

Kini nilai U.S Dollar semakin. Ahli bijak pandai mereka mencipta isu harga makanan untuk dimanipulasikan setelah kawalan ke atas matawang dari diapung atau dianiagakan di pasaran hadapan di kuatkuasakan di kebanyakan negara yang menjadi mangsa pada 10 tahun yang lepas.

Ketika ini dunia bukan berhadapan dengan bencana iklim dan cuaca yang serius sehingga menyebabkan pengeluaran makanan terjejas. Makanan dan wang tetap merupakan elemen utama kehidupan dalam apa juga keadaan.

Isu ciptaan ini seolah mengambil kesempatan ke atas negara yang mempunyai sistem atau keadaan politik, pentadbiran dan pemerintahan yang lemah. Bagi negara-negara yang baru merdeka, dibelenggu masaalah dalaman seperti konflik politik, perang saudara, rampasan kuasa dan pemerintahan yang tidak stabil adalah mangsa utama.

Situasi seperti ini cuba mencipta suasana yang tidak menentu. Suasana panik boleh mencetuskan penentangan terhadap dasar sesebuah kerajaan yang mengakibatkan kacau bilau dan memudaratkan rakyat sesebuah negara khususnya yang bergantung kepada bantuan program makanan sedunia.

Rakyat sesebuah negara cuba dialihkan dari isu sebenar. Pokoknya (kelapa sawit tidak cukup untuk jadi Bio diesel) isu minyak yang cuba dimanipulasikan oleh kebanyakan negara. Dalam harga minyak yang meningkat penyampaian dan penghantaran stok barangan menjadi sukar. Sikap pembekal dan peniaga yang tamak menyorok stok menambahkan tekanan kepada isu ini. Harga barang juga menjadi mahal. Tekanan kepada penduduk yang miskin cukup kuat sehingga mencetus bantahan terbuka yang meninggalkan rasa panik kepada penduduk negara lain.

Malaysia yang tidak menerima bantuan program makanan sedunia secara langsung tidak boleh menggunakan isu ini untuk mengubah perhatian rakyat terhadap kenaikan harga barangan makanan khususnya beras. Berterus terang sahaja harga minyak adalah isu utama bagi negara kita bukannya sumber bahan makanan.

Persidangan intelek yang dibuat seolah blue print kepada dasar kerajaan. Usul yang dikemukakan oleh ahli panel tidak wajar sama sekali. Berjimat cermat dalam apa juga keadaan memang dituntut setiap masa bukannya beli dan makan apa sahaja apa yang mampu. Kalau bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, susu (yang dibuat dari minyak sawit bukannya susu asli), bahan api dan air tidak dikawal dan dikuatkuasa tiada maknanya. Buatlah dasar apa pun jalan keluarnya bukan mengatasi tetapi sekadar mennyesuaikan keadaan semata-mata.

Sudah tibanya masanya kerajaan mengkaji dan berbuat sesuatu terhadap PETRONAS. Kesan dari kenaikan harga minyak telah memberi keuntungan yang lumayan yang patut dinikmati oleh siapa? Kenaikan dan keuntungan langsung harga harga minyak adalah hasil negara yang patut dinikmati rakyat secara langsung. Bukannya untuk mereka bermewah-mewah dengan perbelanjaan yang lumayan serta penajaan yang bukan sedikit jumlahnya. Menjadikan PETRONAS konglomerat antarabangsa yang menguntungkan juga penting sebagai usaha menghadapi kekurangannya minyak mentah dimasa akan datang.

Saranan supaya rakyat rajin bekerja seolah menafikan usaha mereka selama ini dengan mengalih isu secara mudah. Permit mengimpot dan mengambil pekerja diberi sewenang-wenangnya yang menguntung pengusaha sahaja. Kesan kepada rakyat tempatan tidak banyak peluang yang tinggal.

Monopoli pengimport bahan makanan tunggal patut dihentikan. Kuota import, seperti kuantiti dan persaingan harga seperti beras tempatan yang akan memberi kesan kepada penanam dan pengilangnya tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Sudah tiba masanya negara mempunyai bank stok penimbal untuk menghadapi suasana sukar. Walau setiap isu ekonomi dan minyak sering kepalai oleh Amerika Syarrikat mereka sebenarnya telah bersedia dalam apa juga keadaan. Kita bukan belajar setelah ditimpa masalah tetapi belajar bagaimana menghadapi dan menanganinya.

Saturday, April 19, 2008

Pak Lah latah atau pantang dicabar.

Semasa isu perebutan jawatan Presiden Parti antara Ku Li Dan Tun Dr Mahathir UMNO diharamkan. Mahathir dengan UMNO baru, Ku Li pula menubuhkan SEMANGAT 46. Rata-rata banyak veteran UMNO yang bukan materilistik memilih untuk menyokong Ku Li termasuklah Pak Lah, Radhi Sheikh Ahamad, Rais Yatim, Tunku dan ramai lagi pada ketika itu. Walau dalam keadaan uzur Tunku diarak dan diusung di pentas SEMANGAT 46 untuk menentang Mahathir secara terbuka. Sebagai tindakan balas Bagi melemahkan sokongan dan menguatkan pengaruh, Mahathir terpaksa memujuk Tunku dengan jalan yang paling lembut dengan amat mengambil hatinya. Ini kerana pengaruh Tunku dan Ku Li yang berketurunan raja amat menyukarkan Mahathir yang kemudiannya membuat strategi SEMARAK sebagai rally untuk menggubal perlembagaan berhubung kuasa-kuasa raja-raja melayu.

Pak Lah kini menghadapi situasi lebih kurang sama (bekas PM mengkritik dan menyerang PM) seperti Tunku mengkritik Mahatir. Kebanyakan tindakan Pak Lah dilihat lembut dan lembab dalam kebanyakan isu yang ditanganinya. Tetapi didalam menghadapi isu kritikan Mahathir nampak jelas sifat sebenar Pak Lah terhadap Mahathir. Pada permulaan pemerintahan Pak Lah diacah oleh Mahathir berhubung isu jambatan bengkok antara Johor dan Singapura. Amat lantang dan tegas Pak Lah mncabar untuk mendedahkan dokumen yang berkaitan untuk membuktikan tiada "concern" untuk melaksanakannya antara dua negara yang dibuat semasa pentadbiran Mahathir. Terkedu Mahathir dan isu itu tamat begitu sahaja dan GERBANG PERDANA di beri pampasan lumayan.

Mahathir menyepi seketika tanpa isu untuk menyerang kepimpinan Pak Lah dalam pada itu mengkritik kemenangan besar BN pada PRU 11.
PRU 12 yang meyaksikan kehilangan majoriti dan kerusi BN. Mahathir kembali menggunakan pentas dan platform untuk mengkritik dan menyerang Pak Lah. Rupanya Pak Lah orang yang cepat melatah pada mulut tetapi lembab pada tindakan. Pantas kehilangan respek pada bekas bosnya dengan memulangkan paku buah keras dengan katanya "menang banyak pun tak bagus, kalah sikit pun dia sebut". Melihat kepada perkembangan tentangan terbuka Mahathir Pak Lah menjadi gelisah. Baru sahaja tamat isu perlantikan MB, Sabah dan Sarawak yang terlepas pandang Pak Lah bagaikan tiada pilihan lain untuk mendapat merit dan political milage. Termakan juga idea Zaid Ibrahim yang bijak dan baik supaya berbuat sesuatu untuk isu hakim dan ketua hakim negara yang terbiar sejak 20 tahun lalu. Bagaikan seorang hero Pak Lah membuat ucapan yang lancar, jelas dan bersemangat pada majlis peguam. Tidak seperti selalunya muka sayur dan letih sahaja bila buat pres statement. 100 mata penuh diberikan kepada Pakl Lah dalam isu ini. Amat gah dan hebat. Populariti Pak Lah memuncak seketika kerana isu ini.

Ayat Zaid Ibarhim supaya hakim tidak dihukum dan dimalukan amat tepat. Walau tiada ayat maaf tetapi ayat sayang seperti yang disebut oleh Zaid Ibrahim amat jelas membuatkan kita terfikir dimanakah kedudukan hakim-hakim dan ketua hakim negara ini setelah berpuluh tahun berjasa pada pandangan pentadbiran Mahathir. (Hebat Zaid. Ini yang terbaik anda lakukan selepas isu menyaman kerajaan PAS kelantan). Bukan senang mendapat faedah pekerjaan dan persaraan dari kerajaan setelah digantung kerja dan dipecat. Hanya mahkamah sahaja yang boleh menentukan betul atau salah seseorang itu untuk mendapat pampasan. Dalam isu ini apakah telah berlaku khilaf dalam pemecatan. Walau tanpa sebutan maaf dari kerajaan dan tanpa tuntutan perbicaraan mangsa-mangsa ini mendapat kemenangan. Hebatnya pentadbiran Pak Lah dalam isu ini.
Sekali lagi Mahathir kelu dan terkedu tanpa ulasan. (Jika ada respon dari Mahathir, sesiapa saja tolong beri feed back). Ini pasti meninggalkan kesan psikologi dan tekanan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir oleh pentadbiran Pak Lah.

Banyak lagi yang Pak Lah boleh bantu untuk melondehkan kelemahan dan kesilapan BN yang diketuai oleh UMNO mentadbir negara sebelum ini. Sekurangnya dosa dan beban penderitaan mangsa dan pelakunya yang khilaf dapat dikurangkan dengan penyelasaian yang stategik bukan sebab politik, kesempatan dan strategi semata-mata tetapi yang hak dan yang bathil. Apakah bekas PM akan terus mengkritik dan menyerang secara terbuka PM yang ada?

Friday, March 21, 2008

Dato Shahrir Samad antara permata dalam kristal UMNO yang retak

Tahniah di atas kejayaan Dato Shahrir mempertahankan parlimen Johor Bahru samada sebagai ahli bebas mahupun BN. Terkini tidak lewat untuk ucapan tahniah sebagai Menteri kabinet yang menjaga kepentingan makan minum hidup rakyat (Hal Ehwal PENGGUNA).

Inilah antara permata dalam UMNO yang berkatnya datang dari keluarga guru walaupun adik Dato Shahrir kini EXCO SELANGOR dari PAS. Biar berlainan platform wadah perjuangan tetap sama, berkhidmat untuk rakyat.

Sepatutnya UMNO telah celik lebih awal dari menilai kristal yang bercorak tunggu retak dan pecah. Walau dicampak kelaut belum tentu bersetuju dengan polisi Temasik dalam mengejar duniawi, di campak ke darat pecah lubang kos MRR2 dan kualitinya. Banyak lagi "projek sumbang" macam bumbung bangunan-bangunan kerajaan yang kerap bocor termasuklah parlimen lambang perlembagaan Malaysia pun tak terjaga kualiti binaannya.(Bolehkah kabinet Malaysia terfikirkan cara menangani bumbung rumah rakyat yang bocor dan dinding serta lantainya pula dibuat dari buluh). Pendek kata kalau ada masaalah berkaitan, nampaklah muka Dato Shahrir tatakala menjawat jawatan Pengerusi Kira-kira wang Negara. Asas ini perlu diteruskan dalam kematangan Dato Shahrir berpolitik.

Yang lebih gentle lagi Dato Shahrir tak kisah terpelanting dari post pengerusi BBC lantarannya tersokong usul kebenaran pembangkang. Bravo la Dato! Sanggup buka kedai dobi masa awal-awal tinggal kabinet satu ketika dulu dari jadi pembodek UMNO yang menyokong bawa rebah akhirnya, lebih baik berpendirian seperti Dato. Sekali lagi syabas. Saya dan ramai lagi menunggu orang seperti Dato yang hampir tidak ujud dalam spesis BN dengan Jawatan terbaru sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kabinet Pak lah yang masih bernyawa ikan.

Amat sedih apa yang terbiar dan terlepas pandang oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang terdahulu. Bayangkan Hyper market dibuka sewenang-wenangnya. Bekas menteri terdahulu sering dijemput oleh Hypermarket untuk menjayakan program membodek oleh mereka. Timbul isu terlalu banyak bilangan hyper market yang menawarkan harga murah seolah merosakkan peruncit kecil. Apa yang berlaku adalah disebaliknya pula. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena secara tiba-tiba isu hyper market senyap seperti mana mentaliti malaysian yang hangat-hangat tahi ayam. Jika PRU12 beliau bertanding di semenanjung pasti pengundi memilih beliau bersara awal.

Lebih menyedihkan lagi Hyper market tumbuh macam cendawan khususnya di Johor Bahru yang di monopoli oleh Giant dan Tesco. Tak sampai 2 tahun 3 cawangan Tesco di buka dalam jarak tak sampai 15 km persegi jarak antara satu sama lain. Giant saja ada tak kurang 7 cawangan, itu tidak menjadi masalah. Lebih banyak kemudahan membeli belah dengan prasarananya lebih bagus. Tapi masalah lain pula belaku di mana pelabur asing ini memberi ruang kurang lebih 30% untuk DEB melabur tetapi sebaliknya harga barangan jauh berubah. Ianya amat mahal. Tak sampai 6 bulan harga melambung. contohnya:
Susu pekat: Harga baru Hyper Market RM2.59 Harga lama: RM1.69 Milo 2KG Harga lama: RM24.90 Harga baru Hyper Market RM29.90, Susu Dugro(bayi)RM23.90 Harga di kedai runcit RM20.90
Serta banyak lagi.
Apa yang tidak kena kenaikan melampau ini?

Apakah selepas DEB diberikan peluang melabur dalam sektor HYPER MARKET dapat tiket untuk menaikkan harga barangan. Perolehan Hyper market hampir jutaan ringgit sehari dengan kredit pembekal 3 ke 6 bulan dengan bekalan pukal dalam kuantiti yang besar mustahil tidak boleh menjual lebih murah. Apakah kerana suara-suara sumbang yang mempertikaikan hyper market menjual murah mendapat perhatian kerajaan apabila harga dinaikkan dan mahal ianya dibiarkan.

Keujudan HYPERMARKET dengan prasarana yang lengkap penting buat rakyat dan menjadi pusat integrasi rakyat berbilang kaum. Pada mulanya keujudannya harga barangan yang ditawarkan oleh HYPERMARKET telah menjadi satu tanda ukur harga sesuatu barangan yang standard kepada semua kaum. Dengan margin keuntungan yang kecil sedikit dan kuantiti jualan yang besar tetap memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Peruncit pula tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan tanda harga serta menjual secara harga bersifat pilih kasih dan perkauman. Cuba bandingkan sepinggan mee di kedai tiong hua yang jauh lebih murah tetapi menguntungkan pengusahanya dan harga sepinggan mee di kedai orang islam yang mahal tetapi margin keuntungannya pula kecil.

Baik individu, persatuan pengguna dan ejensi kerajaan seolah merelakan apa yang terjadi walau rakyat menderita dengan kenaikan harga barangan. Sedarkah Dato jika sesebuah keluarga seramai 5 orang mempunyai anak yang bersekolah dan mempunyai pendapatan bawah RM2 ribu hampir tidak mampu membiayai makanan berzat.

Di JB khususnya soal harga tidak menjadi masalah bagi pembeli yang datang dengan motokar Plat S. Sampai tak muat bonet barang yang dibeli diisinya. Tetapi apa jadi pada kita Malaysian yang pendapatan tukang sapu sampah mereka lebih mahal gaji dari seorang doktor praktikal kita.

Saya percaya Dato adalah pilihan Pak Lah yang tepat. Bukan kerana gula-gula boleh menyebabkan Hyper market bertindak sesuka hati. Masa dan senario tetap menjadi penilaian. Selamat bertugas dengan penuh keberkatan Dato.